CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMEK..

Pages

Saturday 6 October 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (16)

Sejak tadi Zaraa tidak bergerak dari mejanya. Sibuk dengan tugasnya yang semakin hari semakin bertambah sejak ketiadaan Feqril. Untuk sementara waktu, Datuk Fauzi telah mengambil alih tempat Feqril bagi menguruskan syarikat sehingga urusannya di selesai. Setiap dokumen diteliti dengan tekun sambil jari-jarinya lincah menekan papan kekunci. Sesekali jarinya mencapai pen di atas meja lalu menandakan sesuatu di atas kertas.

"Zaraa.." panggil Datuk Fauzi yang sedang berdiri tegak bersama seseorang disisinya.

"Ya?" jawab Zaraa lalu mengangkat mukanya. 

Namun bila mendapati Datuk Fauzi berdiri di depannya kini, cepat-cepat dia bangun dari kerusinya. Akan tetapi dia sedikit terkejut dengan kehadiran seseorang yang berdiri di sisi Datuk Fauzi itu.

"Kenalkan ini Mohd Qayyum Syamier, arkitek baru syarikat kita. Syamier, ini Zaraa Imani setiausaha saya" ujar Datuk Fauzi sambil memperkenalkan Syamier dan Zaraa.

"Hi, saya Syamier. Selamat berkenalan" ucap Syamier sambil menghulurkan tangan dan tersenyum.

Perlahan-lahan Zaraa menyambut huluran dari Syamier dan membalas senyuman.

"Saya harap staff-staff boleh bekerjasama antara satu sama lain ye," kata Datuk Fauzi pada pekerjanya.

Zaraa dan Syamier hanya mengangguk. 

"Oh ya..saya nak awak bawak Syamier melawat sekitar syarikat kita ni dan perkenalkan dia pada staff-staff kita. Saya ada urusan sikit lepas ni," arah Datuk Saymier.

"Baik datuk, nanti saya bawak dia melawat sekitar syarikat kita ni," jawab Zaraa dengan patuh.

"Okey, kalau macam tu saya tinggalkan Syamier dengan awak ye," ujar Datuk Fauzi lalu melangkah masuk ke dalam biliknya dengan tergesa-gesa.

Zaraa hanya mengangguk lalu kembali duduk di kerusinya. Tangannya sedang lincah menaip papan kekunci, sedikitpun tidak menoleh ke arah Syamier. Syamier yang memerhati sekadar tersenyum.

"Sibuk nampak?" tegur Syamier.

"Eh, taklah sibuk sangat pun cuma saya nak siapkan kerja ni sikit. Taklah kelam kabut sangat nak siapkan nanti. Awak tak kisah ke kena tunggu saya? kejap je,tak lama pun..sikit je lagi" kata Zaraa sambil mengharapkan Syamier memahami keadaannya.

"Tak apalah Zaraa. Tuan hamba sedia menunggu tuan puteri he he he~ Awak siapkan dulu kerja tu. Saya tak kisah jugak, boleh saya tenung muka awak lama-lama," usik Syamier sambil ketawa.

"Ish, awak ni. Kalau tak menyakat saya tak sah kan," kata Zaraa sambil turut serta ketawa.

"Ok, awak siapkan kerja awak dulu, nanti kita sambung balik ye," ujar Syamier bimbang kerja Zaraa terganggu olehnya.

"Dah siap. Okey, sekarang saya nak bawak awak melawat sekitar syarikat dan perkenalkan awak pada semua orang," kata Zaraa sambil menyusun kertas-kertas kerja yang berselerakan di atas mejanya itu.

"Jom.." ajak Syamier sambil menunggu Zaraa siap mengemas mejanya dan mereka sama-sama melangkah.

***

Handset Feqril berdering lagi. Ini tak lain tak bukan mesti Zetty yang menelefonnya. Sudah puas dia cuba mengelak dari gadis itu, namun Zetty tak pernah jemu-jemu untuk terus menganggu hidupnya. Mahu saja dia menukarkan nombor handset namun bimbang Zaraa tidak dapat menghubunginya pula nanti. Tambahan pula, dia agak sibuk sekarang kerana banyak perkara yang perlu diuruskan. Tiada masa untuknya pergi kemana-mana. Dengan langkah yang agak malas, dia mengangkat panggilan itu.

"Ha, awak nak apa lagi ni Zetty?" tanya Feqril dengan agak kasar.

"I rindukan you, Feqril. Please jangan buat I macam ni. I love you so much baby," ujar Zetty dengan nada manja.

"Zetty, awak tak faham ke tak nak faham ni? Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi so please understand me. Lagipun I dah jadi tunang orang. You carilah lelaki yang lebih baik dari I and lupakan I okay? Anggaplah ini suratan takdir dan antara kita memang tak ada jodoh," ujar Feqril lagi.

"But i still love you,Feqril. Dah berapa tahun kita bersama and you cakap you sanggup tunggu I sampai bila-bila tapi alih-alih you tunang dengan orang lain. How could you do this to me??? I kecewa dengan you tau tak??? Kerana betina kampung tu you sanggup tinggalkan I," luah Zetty dengan nada kecewa.

"Maafkan I Zetty, sebab tinggalkan you. You pun tau kan yang selama ni I setia tunggu you. Dah puas I ajak you kahwin dengan I tapi you bagi alasan macam-macam pada I. Sekarang you jangan salahkan I bila buat macam ni. Banyak dah peluang I bagi pada you tapi you sia-siakan macam tu je," jelas Feqril dengan rasa kesal.

"Okay, fine. Kita kahwin and bina hidup baru sama-sama," pujuk Zetty lagi.

"Dah terlambat untuk you cakap semua ni Zetty. Sekarang dalam hati I cuma ada Zaraa. I love her so much and you boleh cari lelaki yang lebih baik dari I. Lupakan I and mulakan hidup baru you tanpa I. You masih ada peluang untuk bina kehidupan yang lebih baik, Zetty," tegas Feqril lagi.

"Feqril, I tak dapat hidup tanpa you. Hanya you yang I cinta. Please Feqril, you still love me right?" rayu Zetty dengan penuh mengharap.

"Tak Zetty, cinta I untuk you dah hilang macam tu je bila you sering hampakan I. Yes, it's my fault sebab jatuh cinta pada gadis lain tapi  you tau kan bila I cintakan seseorang tu akan berusaha untuk menyayangi dia sepenuh hati I. I tak nak mensia-siakan orang I cinta macam you buat pada I dulu. I dah berhenti mengharap pada you Zetty, sebab I tau you tak bersungguh-sungguh cintakan I sebagaimana I cintakan you," luah Feqril lagi.

"You nak I buat apa Feqril? Cakap je, I akan tunaikan apa sahaja yang you nak but please don't leave me," Zetty terus merayu lagi.

"Cukuplah Zetty, dah tak apa-apa yang perlu I minta pada you lagi. Lupakan I okay? Dah, I've a lot thing to do now. I doakan semoga you jumpa lelaki yang boleh bahagiakan you. I'm sorry coz I tak dapat bersama you lagi, assalamulaikum," ucap Feqril lalu memutus talian.

"Hello...Feqril? Feqril? arghh!!!" dengus Zetty lalu melemparkan telefonnya ke dinding. Berderai sudah Iphone 5 miliknya.








0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOVE BY