CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMEK..

Pages

Saturday 29 September 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (15)

Sudah hampir sebulan Feqril berada di Australia, namun hatinya bagaikan tertinggal di sana.  Tempoh sebulan bagaikan setahun buatnya. Dia resah. Rindunya pada Zaraa bagaikan tidak tertanggung rasanya. Setiap hari dia menghubungi Zaraa untuk melepaskan rindu dan bertanyakan khabar sang kekasih hati. Ingin rasanya dia balik ke Malaysia dan segera bertemu dengan Zaraa namun dia terpaksa akur dengan kekangan tugasnya. Akan tetapi, berita yang dia dengar tentang Zaraa sedikit sebanyak mengusarkan hatinya sejak akhir-akhir ini. Sungguh dihati kini sentiasa berdoa semoga Zaraa dalam keadaan selamat. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada insan yang dia sayangi itu.

Dalam masa yang sama juga, Zetty seringkali menganggu ketenteraman jiwanya. Sudah acap kali, dia menyuruh Zetty berhenti menghubunginya. Namun Zetty tidak ambil peduli. Dia tidak jemu-jemu menghubungi Feqril tak kiralah melalui telefon bimbit, telefon pejabat mahupun telefon rumah. Adakalanya Feqril terpaksa membuat bermacam-macam alasan untuk mengelak Zetty dari terus menganggunya. Dia rimas dengan keadaan itu. Zetty bagaikan tidak pernah kenal erti "putus asa". Semakin dia cuba menjauhkan dari Zetty, semakin galak Zetty "mengejarnya". Tidak henti-henti Zetty memujuk dirinya untuk bersama kembali. Namun dihatinya kini cuma ada Zaraa, tak mungkin untuknya berpaling lagi.


Zaraa melangkah lemah masuk ke dalam lif. Sungguh hatinya kini terlalu merindukan Feqril ketika ini. Biarpun Feqril sering menhubunginya dari sana namun selagi belum bersua muka selagi itu rindunya belum terubat. Seksanya menahan rindu. Perlahan-lahan airmatanya mengalir di pipi. Namun tanpa dia sedar, seseorang memerhatikan tingkah lakunya lalu menegurnya.

"Cik tak apa-apa ke?" sapa suara itu dari belakang.

"Eh, taklah. Saya ok je. Terima kasih," ujar Zaraa seraya menoleh ke belakang.

Namun sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya dirinya bila mendapati orang yang yang menegurnya itu adalah Syamier. Begitu juga dengan Syamier. Dia tidak menyangka bahawa Zaraa adalah gadis yang ditegurnya tadi. 

"Er..awak kerja kat sini jugak ke?" tanya Zaraa.

"A'ah..baru masuk kerja arini. Awak pun kerja kat sini jugak? " soal Syamier pula.

"Ya, saya kerja sini jugak. Tak sangka ye rupanya kita boleh berjumpa lagi," ujar Zaraa sambil tersenyum.

"Saya pun tak sangka, Zaraa. Mungkin ada jodoh kot he he he~ Oh ya, macamana dengan kaki awak tu? dah ok ke?" tanya Syamier lagi.

"Ok dah, Dah sembuh pun ni. Er..terima kasih ye pasal awak tolong saya aritu. Kalau awak tak ada aritu, tak tau lah apa yang jadi kat saya" ucap Zaraa. 

Dia begitu terhutang budi pada Syamier yang telah menyelamatkan nyawanya tempoh hari. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya sekiranya Syamier tiada untuk membantunya ketika itu. 

"Eh, tak apelah Zaraa. Perkara biasa je tu. Kalau orang lain dalam kesusahan pun saya tolong jugak," ujar Syamier dengan ikhlas.

"Bertuahlah kekasih awak dapat boyfriend yang baik macam awak ni," puji Zaraa.

"Janganlah puji saya melambung-lambung pulak cik Zaraa oi. Kang tak pasal-pasal ada jugak yang kembang hati ni he he he~ " kata Syamier sambil ketawa.

"Pandai jugak awak ni bergurau ye Syamier," kata Zaraa sambil ikut ketawa.

"Kalau tak bergurau, tak seronoklah hidup ni. Lagipun hidup kita ni mesti kena happy selalu so kuranglah stress kita," ujar Syamier lagi.

"Betul kata awak. Wah, bukan main lagi awak berhujah ye," usik Zaraa lagi.

"Tak adalah Zaraa. Sekadar meluahkan pendapat he he he~" kata Syamier sambil tersenyum-senyum.

"Ada-ada ajelah awak ni. Oh ya, lupa nak tanya awak kerja sebagai apa ye?" tanya Zaraa.

"Saya arkitek baru untuk syarikat ni," jawab Syamier.

"Kalau macam satu ofis lah kita. Welcome to Berjaya Holding Berhad dan selamat memulakan tugas anda arini," ucap Zaraa sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Terima kasih Zaraa," sahut Syamier sambil menyambut huluran tangan dari Zaraa.

"Eh, jomlah masuk ofis sama-sama," pelawa Zaraa lagi.

"Okey, jom," jawab Syamier sambil sama-sama melangkah masuk ke pejabat.












Thursday 27 September 2012

MY MOMENT

Lamak x update papa kat blog tok..gik gago ngan CINTA SI CANTIK MANIS hehehe. Btw, aku juz nak engkah gambar-gambar lamak jak that olz..ngee..dari umur bpa entah sampai sekarang. semua ya time sweet and sour dlok huhu..Jom skodeng ~






tok time ku gik umur bpa taun ntah..aku pun xtauk lah..p muka time tok mgmbrkan aku nang mancal gik kcik dlok..hehehe (aku yang kcik kat sia)


tok gambar ku dah pandey bjalan kot huhu






tok time form 5 dlok..gulap gulita sungguh aku di sana huhu



tok time PLKN dlok..sweet moment heee




tok masa umur 19 tahun..huhu


tok msa umur 20 tahun..xda jauh beza pun huhu


tok msa umur 21 tahun hehe...with my lovely cat, nining







tok semua gmbar taun lepas..hehe time umur 21 tahun











Tok gambar ku yang sekarang hehe

Wednesday 26 September 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (14)

Syamier menghantar Zaraa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sementara menunggu Zaraa mendapatkan rawatan, dia duduk di bangku yang disediakan oleh pihak klinik di bahagian menunggu bersama beg tangan Zaraa ditinggalkan bersamanya. Tergerak hatinya untuk mengetahui siapa sebenarnya gadis manis itu lalu tangannya mencapai dompet kepunyaan Zaraa. Di dalam dompet tersebut terselit sekeping kad pengenalan milik gadis itu lalu diambil lantas dibacanya.

"Oh, ni nama dia rupanya. Zaraa Imani binti Zainal Abidin. Cantik nama tu secantik orangnya juga," pujinya dalam hati.

Sedang dia asyik menilik kad pengenalan itu, mata terpandang sekeping gambar lelaki yang dikenalinya. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki itu pada gadis tersebut. Tak lama selepas itu, dia terdengar suara Zaraa bercakap dengan seorang doktor perempuan di depan bilik rawatan lalu tangannya cepat-cepat menyimpan dompet itu kembali ke dalam beg tangan gadis itu. Segera dia pergi ke arah Zaraa untuk membantu gadis yang nampak sukar untuk berjalan disebabkan kakinya yang terseliuh itu. Zaraa cuba untuk menolak pertolongan Syamier namun Syamier tetap berkeras untuk membantunya. Nak tak nak terpaksalah dia menurut sahaja bimbang lelaki itu berkecil hati padanya. Lelaki itu menyuruhnya duduk  di bangku sementara dia pergi ke kaunter untuk mengambil ubat. Tersentuh hati wanitanya melihat keprihatinan lelaki itu padanya.

"Nah, ni ubat awak," kata Syamier lalu menyerahkan beg plastik yang berisi ubat yang diambilnya dari kaunter tadi.

"Terima kasih, Syamier. Hari ini awak banyak tolong saya, entah bila lagi baru saya dapat balas budi awak," ucap Zaraa.

"Tak ape lah, Zaraa. Saya ikhlas nak tolong awak. Hari ni giliran saya tolong awak. Besok lusa giliran awak pula tolong saya balik," ujar Syamier sambil tersenyum.

Zaraa hanya tersenyum. Syamier terpana seketika. Senyuman Zaraa membuatkan membuatkan hati lelakinya berdetak hebat. Seumur hidupnya, inilah senyuman yang paling indah yang pernah dilihatnya. Dia seakan-akan terbuai dengan khayalannya. Namun, tak lama selepas itu, terlihat tangan Zaraa melambai-lambai di depannya. Khayalannya tadi terus lenyap begitu sahaja.

"Ya, ada apa Zaraa?" soalnya sedikit binggung.

"Er..boleh tak awak tolong hantarkan saya kat tempat saya parking kereta saya tadi?" tanya Zaraa serba salah.

"Oh, boleh Zaraa. Apa salahnya," kata Syamier lagi.

"Maaf ye Syamier, tak pasal-pasal menyusahkan awak sekali lagi," ucap Zaraa dengan rasa terhutang budi.

"Tak apelah, Zaraa. Meh, saya hantarkan awak ke sana," kata Syamier sambil membukakan pintu keretanya buat Zaraa.

Sepanjang perjalanan, mereka saling bercerita tentang diri masing-masing. Zaraa tidak menyangka lelaki di di sebelahnya ini seorang yang agak peramah dan kelakar orangnya. Dalam masa beberapa jam sahaja mereka berkenalan, dia sudah mulai serasi dengan Syamier. Sedikit sebanyak dia mula mengenali Syamier. 








Tuesday 25 September 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (13)

Hari ini Feqril bakal berlepas ke Australia. Feqril telah meminta Zaraa menemaninya di lapangan terbang sebelum dia berlepas ke sana. Berat hatinya untuk meninggalkan kekasih hati, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. 5 bulan bukanlah suatu tempoh yang singkat untuk mereka berpisah. Apatah lagi mereka baru sahaja mengikat tali pertunangan. Zaraa di sisinya sudah mula mengalirkan airmata mata.

"Sayang, kenapa nangis ni? tegur Feqril. 

Dia juga terasa ingin menangis di situ namun dia harus memberi kekuatan buat Zaraa. Lantas jarinya menyeka airmata yang mengalir di pipi Zaraa.

"Zaraa sedih Feq, lepas ni Zaraa kena tunggu 5 bulan lagi untuk jumpa Feq balik," ucap Zaraa sedih.

" Zaraa jangan cakap macam tu. Nanti bila Feq dah sampai sana, hari-hari Feq call Zaraa ye. Jangan menangis sayang. Feq tak nak Zaraa sedih. Susah hati Feq tau," pujuk Feqril dengan lembut.

"Feq janji dengan Zaraa ye, yang Feq takkan lupakan Zaraa bila Feq berada kat sana nanti," ujar Zaraa yang masih cuba menahan tangisnya.

"Ya, Feq janji dengan Zaraa. Sesaat pun Feq takkan pernah lupakan Zaraa," janji Feqril kepada tunangnya.

Feqril membuka beg yang disandangya lalu mengeluarkan sehelai selendang berwarna kuning. Dipakainya pada Zaraa selendang itu.

"Selendang ni Zaraa simpan baik-baik ye. Feq hadiahkan khas buat Zaraa. Kalau Zaraa rindukan Feq, Zaraa pakailah selendang ni," ujar Feqril sambil tersenyum.

Zaraa hanya mampu mengangguk sahaja. Terasa semakin sebak dadanya. 

"Jaga diri baik-baik ye Zaraa. Feq pergi dulu. I love sayang," ucap Feqril sambil berlalu pergi.

Zaraa melambai-lambai ke arah tunangnya. Di hatinya berdoa agar tunangnya selamat sampai ke sana. Setelah kelibat Feqril hilang dari pandangan, dia pun mula melangkah pulang. Ketika ini, hanya Feqril yang berada di fikirannya.  Betapa dia rindukan lelaki itu. 


Sedang Zaraa berjalan menuju ke parking untuk mengambil keretanya, tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu laju menuju ke arahnya. Sungguh dia terkejut ketika itu, dia tidak sempat berbuat apa-apapun namun dia terasa tubuhnya ditolak seseorang ke tepi lalu dia jatuh di tepi jalan itu bersama lelaki itu. Kereta yang dipandu laju itu lansung tidak berhenti dan terus berlalu pergi. Lelaki itu segera bangun dan bertanyakan keadaannya.

"Awak tak apa-apa ke cik?" tanya lelaki itu.

"Saya tak apa-apa cuma luka sikit je kat tangan ni mungkin sebab jatuh tadi kot," katanya sambil menilik luka di sikunya.

"Maafkan saya cik, saya bukan sengaja nak tolak cik tadi. Saya cuma nak selamatkan cik dari kena langgar oleh kereta tu," jelas lelaki itu dengan rasa bersalah.

"Eh, tak pe lah. Saya tak apa-apa jugak ni. Sepatutnya saya berterima kasih dengan awak sebab tolong selamatkan nyawa saya," ujar Zaraa.

"Kebetulan saya pun lalu kat tempat ni jugak tadi so saya nampak sebuah kereta hampir sangat-sangat nak langgar cik tadi. Tu yang saya cepat-cepat pergi selamatkan cik," terang lelaki itu lagi.

"Terima kasih ye. Saya dah terhutang budi dengan awak," ucap Zaraa lagi.

"Sama-sama. Err..apa kata kita pergi klinik dulu. Tangan cik cedera tu," kata lelaki itu.

Zaraa mengangguk dan cuba untuk berdiri. Disebabkan kakinya yang terseliuh akibat terjatuh tadi, sekali lagi dia hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh lelaki tersebut.   Tanpa sengaja lelaki itu memaut pinggangnya dan mereka hampir-hampir berpeluk. Zaraa  tersentak lalu segera melepaskan tangan lelaki itu yang melekap di pinggangnya. Lelaki itu juga cepat-cepat mengalih tangannya.

"Maaf, saya tak sengaja," ujar lelaki itu.

"Tak pe," jawab Zaraa sambil cuba menahan malu.

"Err...meh, saya hantarkan awak ke klinik. Awak tumpanglah kereta saya dulu ye. Oh ya, lupa nak perkenalkan, nama saya Mohd Qayyum Syamier. Awak boleh panggil saya Syamier je," ujar lelaki tu sambil memperkenalkan dirinya.

Ketika mereka rancak berbual, seseorang sedang memerhati tingkah laku mereka di sebalik pokok yang berada tidak jauh dari situ sambil tersenyum sinis.





CINTA SI CANTIK MANIS (12)



Setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, akhirnya Feqril mengikat tali pertunangan dengan Zaraa. 6 bulan akan datang mereka bakal melansungkan perkahwinan. Kalau diikutkan hati, sekarang juga dia ingin menikahi Zaraa namun kekangan tugas di sekelilingnya membuatkan dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu. Bulan depan, dia terpaksa berangkat ke Australia untuk menguruskan cawangan syarikat mereka di sana selama 5 bulan.  Berat hatinya untuk meninggalkan tunangannya itu namun apakan daya dia terpaksa kerana keadaan syarikat yang agak kelam kabut memerlukan dirinya untuk berada di sana bagi memantau keadaan di sana.

Sehari sebelum Feqril berangkat ke Australia, dia mengajak tunangnya keluar berjalan-jalan. Mereka mengambil banyak gambar bersama-sama sebagai kenangan buat dirinya dan Zaraa ketika berjauhan nanti.

"Zaraa, terima kasih kerana sudi jadi tunang Feq. Feq nak Zaraa tau yang Feq betul-betul ikhlas dengan Zaraa. Kalau boleh Feq nak Zaraa cepat-cepat jadi isteri Feq," ujar Feqril dengan penuh ikhlas.

"Sama-sama Feq. Tak apalah Feq, kalau dah memang jodoh kita takkan kemana. Zaraa akan setia menunggu Feq kat sini. Zaraa jugak nak Feq tau Zaraa ikhlas menerima kehadiran Feq dalam hati Zaraa," ucap Zaraa sambil tersenyum manis.

"Zaraa janji dengan Feq ye, yang Zaraa hanya akan mencintai Feq sorang. Feq betul-betul menyintai Zaraa seikhlas hati Feq ni. Dalam hati Feq, cuma ada nama Zaraa sorang je," ucap Feqril perlahan.

"Ya, Zaraa janji dengan Feq. Hanya nama Feq saja yang bertakhta di hati Feq sekarang. Tapi betul ke Feq hanya mencintai Zaraa sorang saja? bagaimana dengan Zetty?," soal Zaraa pula. Dia ingin tahu apa yang berlaku antara Feqril dan Zetty.

"Zetty adalah kisah lalu Feq. Kami dah pun putus sebelum kita bertunang tempoh hari. Cinta Feq untuk dia tinggal kosong. Zaraa janganlah risau ye, Feq akan mencintai dan menyayangi Zaraa lebih dari diri Feq sendiri," jelas Feqril dengan jujur.

"Betul ke ni Feq," Zaraa meminta kepastian.

"Kalau Zaraa tetap tak percaya. Belahlah dada Feq ni dan tengok nama siapa yang terukir di hati Feq sekarang," kata Feqril sambil tersenyum.

"Eh, tak nak lah Zaraa buat macam tu. Zaraa masih perlukan Feq lagi tak sanggup Zaraa nak buat macam tu kat Feq," gurau Zaraa sambil ketawa kecil.

"Sayang jugak Zaraa kat Feq ya?" usik Feqril.

"Mestilah sayang he he he~" Zaraa tersenyum malu.

"Ya Allah, aku Mohon PadaMu supaya jadikan Zaraa milikku. Aku relakan takdirku dengan yang lain jika dia bukan jodohku. Namun aku mengharapkan bahawa dia adalah jodoh yang kau tentukan buatku, Jadikanlah dia suri dalam hidupku hingga ke akhir hayatku," Feqril berdoa dalam hatinya.


CINTA SI CANTIK MANIS (11)

Hari ini, Feqril telah menelefon Zetty untuk mengajaknya berjumpa dan bercadang untuk memberitahu perkara sebenar kepada Zetty.  Dia berharap agar Zetty dapat menerima apa yang bakal disampaikan olehnya nanti. Mereka berjanji untuk bertemu di sebuah taman. Hampir 30 minit dia menunggu, akhirnya orang yang dinanti telah pun berada di depan mata. Zetty pun menghampiri Feqril yang sedang duduk termenung di bangku taman itu.

"Apasal you ajak I jumpa kat sini arini? baby ada benda penting nak cakap eh?" soal Zetty dengan manja sambil memegang bahu Feqril.

Feqril segera menepis tangan Zetty. Dia berasa tidak selesa dengan kelakuan Zetty itu. Dia harus segera berterus terang dengan Zetty mengenai perkara ini. Zetty yang mulai perasan perubahan kekasihnya itu mula berasa curiga. Entah mengapa, hatinya bagaikan dapat merasa kekasihnya itu seperti ingin menjauh darinya.

"What wrong with you Feqril? nampak macam tak suka I je? I ada buat salah ke?" soal Zetty dengan nada tidak puas hati.

"Sebenarnya, I ada something nak cakap dengan you ni," ujar Feqril dengan tenang.

"Perkara apa yang you nak cakap kat I ni? penting sangat ke?" tanya Zetty lagi.

"I rasa dah sampai masanya untuk kita akhiri hubungan kita ni," ucap Feqril dengan perlahan-lahan.

"Apa???you nak putus dengan I? tapi kenapa baby? apa salah I pada you?" soal Zetty dengan penuh rasa terkejut.

"Dah tak ada maknanya I menunggu you lagi. Bertahun-tahun I tunggu you and pujuk you untuk kahwin dengan I tapi you tak pernah nak hiraukan permintaan I malah macam-macam alasan you bagi kat I," terang Feqril.

"Tapi you kan tau yang I masih belum bersedia untuk berkahwin lagi. I masih ada kerjaya yang perlu I kejar Feqril. Takkan tu pun you tak tau?" jawab Zetty dengan wajah yang agak tegang.

"Ya, I tau dan I faham sangat-sangat. Sebab tu I setia menunggu you selama ni. Tapi hati I sekarang dah tak ada untuk you lagi. Semuanya tinggal kosong, Zetty. Jangan you salahkan I kenapa I jadi macam ni. I harap you lupakan I buat selamanya," ucap Feqril lagi.

"Feqril, please don't do this to me. I really love you baby," pujuk Zetty lagi dengan harapan Feqril akan mengubah keputusannya.

"It's too late, Zetty. Hati I bukan untuk you lagi dan I harap you faham keadaan I. Tak lama lagi I akan bertunang dengan Zaraa,gadis yang bertakhta di hati I sekarang," jelas Feqril.

"Apa??? you nak bertunang dengan pompuan kampung tu? huh! tak sangka ye dalam diam dia boleh rampas you dari I," kata Zetty dengan nada sinis.

"You jangan hina dia macam tu eh? dia tak rampas I dari you tapi I yang dah jatuh cinta pada dia," jawab Feqril dengan agak kasar.

"Kalau bukan kerana dia yang rampas you dari I, hubungan kita takkan jadi macam ni tau tak!" balas Zetty dengan geram.

"Sudah!!! I ajak you jumpa kat sini bukan untuk bergaduh faham x??? Our relationship is over!!! " dengus Feqril dengan kasar sambil berlalu pergi meninggal Zetty yang sedang menahan geram.

"Jahanam punya pompuan! aku takkan biarkan Feqril jadi hak kau! Feqril milik aku selamanya!," jeritnya sambil menahan sebak yang mula melanda di jiwanya kini.



Monday 24 September 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (10)

Hari yang dinantikan sudah pun kunjung tiba. Pagi itu, setibanya Zaraa ke pejabat, sebuah kotak hadiah berserta sekeping kad sudahpun berada di atas mejanya. Lantas kad itu dibuka dan dibaca.

mekar mawar yang kau tanam di hatiku,
tercium wangi semerbak,
lambangkan segala sayang dan cinta,
hanyalah untukmu seorang,
selama nafas ini masih ada,
selama jantung ini masih berdenyut,
aku akan mencintaimu dan membahagiakanmu
memilikimu adalah suatu perkara yang indah dalam hidupku,

I LOVE YOU, ZARAA..

kita jumpa malam ni di restoran yang sama, tepat jam 9 malam

p/s: awak pakailah baju yang saya hadiahkan ni masa kita jumpa malam nanti

yang mencintaimu,
~FEQRIL FAHMI~


Dirinya terasa di awangan saat membaca kad yang diberikan oleh Feqril padanya. Inilah kali pertama dirinya jatuh cinta pada seorang insan yang bergelar lelaki. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu mempunyai sifat yang tersembunyi di sebaliknya sikap dinginnya selama ini. Kini hatinya betul-betul telah jatuh cinta pada jejaka yang bernama Feqril. Malam ini dia bakal memberikan jawapan yang tepat buat Feqril.



Seperti yang dijanjikan, Zaraa datang pada tepat jam 9 dengan gaun labuh yang indah lagi menawan dengan rambutnya yang disanggul kemas. Ketika itu, seorang pelayan sedang menunggu kedatangannya. Pelayan itu kemudiannya menunjukkan tempat yang telah ditempah khas oleh Feqril. Setelah dipersilakan, Zaraa kemudiannya duduk sambil menunggu kedatangan Feqril. 

5 minit kemudian, Feqril datang dengan membawa sejambang bunga rose. Zaraa terpegun seketika. Dengan mengenakan pakaian yang agak kasual, Feqril nampak segak di matanya malam ini. Begitu juga Feqril, matanya tidak lepas memandang Zaraa. Gaun yang dihadiahkannya buat Zaraa pagi tadi nampak cantik di tubuh lansing gadis itu. 

"Zaraa nampak cantik malam ni," desis hatinya.

Zaraa nampak malu-malu bila ditenung sebegitu rupa oleh Feqril. Terasa renungan itu menusuk masuk ke dalam kalbunya. Masing-masing sedang menahan debar di dada. Untuk menghilangkan rasa debar yang mula menguasai jiwanya, Feqril memulakan bicara.

" Terima kasih kerana sudi keluar makan malam dengan saya malam ni. Awak nampak cantik malam ni, Zaraa. Bunga ni untuk awak," puji Feqril lalu memberikan jambangan bunga ros merah yang berada di tangannya kepada Zaraa.

"Sama-sama tuan. Tuan pun apa kurangnya. Terima kasih kerana sudi mempelawa saya keluar makan malam dengan tuan dan terima kasih jugak kerana hadiahkan saya gaun yang cantik ni," ucap Zaraa dengan malu-malu.

"Sama-sama Zaraa. Panggil saja saya Feq," kata Feqril sambil tersenyum.

Zaraa hanya tersenyum malu. Ketika itu, seorang pelayan datang membawa menu istimewa untuk mereka berdua. Masing-masing diam seribu bahasa sambil menikmati makan malam. Seketika itu, Zaraa memulakan bicara.

"Feq, saya dah buat keputusan dan saya harap Feq terima dengan hati yang tenang," jelas Zaraa dengan penuh debar.

"Apa keputusan awak Zaraa?" soal Feqril dengan hati yang berdegup kencang.

Zaraa mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah yang berisi cincin yang diberikan oleh Feqril tempoh hari.

"Saya pulangkan cincin ni kepada awak balik," kata Zaraa.

"Tapi Zaraa, saya betul-betul cintakan awak Zaraa. Nilah kali pertama saya betul-betul jatuh cinta pada seorang gadis," ujar Feqril dengan nada gusar.

"Saya tahu Feq, tapi saya terpaksa buat keputusan begini untuk kebaikan kita berdua," terang Zaraa.

"Betul ke awak memang tak nak jadi kekasih saya?" soal Feqril lagi.

"Ya Feq, tapi saya bagi awak satu peluang," ujar Zaraa sambil tersenyum manis.

"Peluang apa Zaraa?" soal  Feqril dengan penuh tanda tanya.

"Kalau Feq betul-betul cintakan saya, Feq jumpalah kedua ibu bapa saya. Minta restu dari mereka. Saya tak nak kita menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan mereka. Biarlah semuanya halal di mata Allah dan direstui oleh kedua ibu bapa kita," terang Zaraa.

"Baiklah, kalau begitu biar saya berbincang dengan ibu bapa saya dulu. Selepas itu, saya akan hantar rombongan meminang ke rumah awak," ujar Feqril dengan bersungguh-sungguh.

Zaraa tersenyum apabila mendengar kata-kata Feqril tadi. Dalam hatinya berdoa, semoga Feqril menjadi jodoh terbaik buatnya.








CINTA SI CANTIK MANIS (9)

Selepas hari itu, Feqril seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran Zaraa. Segala urusan pejabat dilakukan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka. Zaraa mati kutu. Dia jadi buntu untuk membuat pilihan samada untuk menerima atau menolak cinta Feqril. Namun dia perasan bahawa sejak peristiwa beberapa hari yang lalu, tiada lagi jambangan bunga singgah ke mejanya. Hatinya mulai gelisah. Dia tertanya-tanya mengapakah Feqril tidak lagi cuba 'mendekatinya' seperti selalu. Dulu, bukan main lagi dia jual mahal bila Feqril berusaha untuk memikatnya namun kini bila Feqril sudah tidak 'mempedulikannya' lagi dia pula yang separuh nanar.

"Hmm..apasal mamat tu tak jengok aku lagi eh? takkan la dia dah benci kat aku kot? bukan aku ada buat salah pun. Aritu dia jugak yang bagi aku tempoh untuk buat keputusan. Alahai hati, rindunya aku kat mamat tu. Nak tatap wajah dia pun payah ni," gumamnya dalam hati.

Tak lama selepas itu, muncul kelibat Feqril keluar dari biliknya menuju ke meja Zaraa.

"Kalau ada siapa-siapa yang call cari atau hubungi saya, cakap saya keluar jumpa client dengan Shahril. Dalam pukul 4 camtu baru saya balik," kata Feqril bersahaja sambil berlalu pergi. Zaraa hanya mengangguk.

"Ai, tu je dia cakap kat aku. Ucap la ' i love u' ke, ' I miss you' ke kat aku. Aku ni dah separuh nyawa rindukan dia tau tak. Sengaja je nak seksa perasaan aku ni. Eee, bencinya!" gerutunya sambil merenyuk-renyuk kertas di tangannya.

Feqril dan Shahril yang memerhati kelakuan Zaraa disebalik pintu menahan tawa. Lantas, Shahril menepuk-nepuk bahu rakannya.

"Syabas bro, nampaknya kau dah dapat respon positif dari dia. Amacam taktik aku? mantap tak? " soal Shahril sambil tersengih-sengih.

"Mantap sangat-sangat. Terima kasih bro, sebab ajar aku macamana nak pikat dia. Kalau kau tak ada tak taulah aku nak buat apa dah," kata Feqril sambil berjabat tangan dengan rakannya.

"Small matter bro. Ha? kata nak belanja aku makan tadi kan? jom lah, aku tak sabar dah ni. Lapar bebenor perut aku ni dah," kata Shahril sambil memegang perutnya.

"Oleh sebab kau dah banyak tolong aku, kau order je apa-apa je yang kau nak. Aku belanja," kata Feqril.

"Cantik!" jawab Shahril sambil menunjukkan isyarat 'thump up'.








Sunday 23 September 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (8)

Tengahari itu, Feqril telah membawa Zaraa ke sebuah restoran mewah. Zaraa pula terpaksa mengikut sahaja segala kehendak Feqril. Tanpa pengetahuannya, Feqril sebenarnya telah merancang semuanya. Makan tengahari itu sebenarnya khas untuk mereka berdua sahaja. Feqril terpaksa mengunakan alasan untuk makan dengan client agar Zaraa sudi menerima pelawaannya itu. Dia telah menempah menu istimewa untuk mereka berdua. Dalam hatinya berharap semoga semua rancangannya ini berjalan dengan lancar. Zaraa mulai perasan suasana di sekelilingnya agak pelik ketika makan tengahari mereka itu. 

"Apasal pula aku rasa lain macam je ni? Biar betul si Feqril ni, tadi cakap nak keluar makan dengan client. Tapi batang hidung client pun tak nampak. Yang terconggok kat sini cuma aku dengan dia je. Janganlah dia buat kerja gila pulak kat sini. Seram sejuk dah badan aku ni," gumam Zaraa dalam hati.

Feqril pula cuba berlagak slumber. Sedangkan dalam hatinya kini sedang berkocak hebatInilah kali pertama dia berpeluang untuk keluar makan bersama gadis pujaannya itu.Ketika itu, satu perasaan aneh mula berputik di hati Zaraa apatah lagi ketika mata saling bertentangan. Meskipun  masing-masing mendiamkan diri, namun pada masa yang sama hati mereka mula menyimpul satu rasa yang sama. Zaraa cuba menafikan apa yang dirasainya. Kerana dia tahu jejaka yang berada di hadapannya kini sudahpun mempunyai kekasih hati dan tidak mungkin wujud bibit-bibit cinta antara mereka. Untuk menghilangkan rasa berdebar yang mula melanda jiwanya, Zaraa memberanikan dirinya untuk berbicara.


"mana clientnya tuan? tadi tuan cakap suruh saya temankan tuan keluar makan dengan client. Ni sampai sekarang pun batang hidung client tu tak nampak-nampak. Tuan jangan nak tipu saya pulak?" Zaraa mula berasa curiga.

"Kalau saya cakap yang saya memang tipu awak, apa awak nak buat?" soal Feqril.

"Saya nak balik," jawab Zaraa dengan segera lalu bangun dari kerusi dan mengambil beg tangannya dan berlalu pergi meninggalkan Feqril.

Namun, belum pun sempat Zaraa melangkah jauh dari tempat mereka itu, Feqril segera memaut lengan Zaraa. Ditariknya Zaraa kembali ke tempat mereka tadi. Zaraa cuba meronta tapi apalah sangat tenaga perempuannya itu jika hendak dibandingkan dengan tenaga lelaki tersebut. Feqril memaksa Zaraa duduk kembali di tempatnya. Nak tak nak dia terpaksa menurut sahaja kerana dia bimbang Feqril bertindak di luar jangkaan.

"Awak jangan kemana-mana dulu. Saya ada perkara nak cakap ni," jelas Feqril.

"Tuan nak cakap pasal apa ni?" tanya Zaraa kehairanan.

" Awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakap ni. Saya tak nak awak mencelah sikitpun ketika saya bercakap, faham?" Feqril memberi peringatan. Zaraa sekadar mengangguk.

"Sebenarnya, saya nak cakap kat awak yang saya dah jatuh cinta kat awak sejak pertama kali saya jumpa awak. Sejujurnya saya tak pernah jatuh cinta sedalam ni pada mana-mana gadis pun sebelum ni," luah Feqril dengan penuh keikhlasan.

"Hah? Tuan jatuh cinta kat saya? tuan jangan nak bergurau pulak. Bukan ke tuan dah ada kekasih?" Zaraa bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengari.

"Saya serius ni, Zaraa. Saya tak mintak awak bagi jawapan awak sekarang tapi saya bagi awak tempoh seminggu dari sekarang untuk awak buat keputusan samada awak terima saya atau tak dan saya harap keputusan yang awak buat tu nanti ikhlas dari hati awak bukan atas dasar paksaan," terang Feqril.

Zaraa pula hanya berdiam seribu bahasa. Ketika itu, muncul seorang gadis membawa sejambak bunga rose lavender lalu menyerahkan bunga itu kepada Zaraa. Serentak itu, Feqril mengatakan sesuatu kepadanya.

"Zaraa, rose lavender ini saya hadiahkan untuk awak kerana saya tahu awak sukakannya. Dalam jambangan ini terdapat 24 kuntum semuanya. Ini menandakan saya tak pernah berhenti mengingati awak, walaupun seminit sekalipun. Awak sentiasa di ingatan saya, Zaraa, tak pernah sesaat pun saya lupakan awak," ucap Feqril dengan nada romantis. 

Lalu tangannya membawa keluar sebuah kotak baldu berwarna merah dari kotnya. Diraihnya jari jemari Zaraa, lalu diambilnya sebentuk cincin bertatahkan berlian dari kotak baldu itu dan disarungnya ke jari manis Zaraa.

"Kalau awak sudi terima saya, awak pakailah cincin ni masa awak bagitau saya tentang keputusan awak nanti. Kalau awak tak sudi, awak kembalikanlah cincin itu pada saya," ucap Feqril dengan wajah yang penuh berharap.

Alangkah terharunya perasaan Zaraa ketika itu. Sungguh dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak menyangka bahawa Feqril seorang lelaki yang romantik rupanya. Hatinya berbunga riang diiringi dengan degupan jantungnya yang berdengup kencang. Namun, dia tidak pasti adakah dia sudah benar-benar jatuh cinta atau hanya mainan perasaannya sahaja. 









CINTA SI CANTIK MANIS (7)

Keesokan harinya, Feqril pergi ke sebuah kedai bunga untuk membeli bunga untuk dihadiahkan untuk Zaraa. Atas nasihat Shahril, Feqril meneruskan rancangan untuk memikat Zaraa meskipun dirinya hampir berputus asa. Namun, setelah memasuki kedai tersebut dia tertanya-tanya bunga apa yang sesuai untuk dihadiahkan buat Zaraa. Kemudian, tidak lama selepas itu, seorang gadis datang kepadanya bertanyakan apakah bunga yang ingin dibelinya.

"Ya encik, nak beli bunga apa?" tanya gadis tersebut.

"Er.. saya nak beli bunga untuk kekasih saya tapi saya tak tahu nak pilih yang mana satu," ujar Feqril kepada gadis tersebut.

"Encik nak bagi bunga untuk tujuan apa ye? adakah untuk anniversary atau untuk birthday?" tanya gadis itu lagi. 

"Eh, bukan. Saya nak beli untuk cinta pandang pertama saya. Saya nak bagi suprise kat dia," terang Feqril dengan jujur.

"Oh, kalau macam tu apa kata saya cadangkan encik belikan dia sekuntum bunga ros lavender. Ia membawa maksud yang mendalam. Bunga-bunga ros ni banyak maknanya encik. Kalau untuk situasi macam encik ni, colour lavender memang sesuai," cadang gadis tersebut.

"Ya ke? kalau macam tu awak balutkan saya sekuntum bunga ros lavender tu ye dan jangan lupa bagi  kad sekali," Feqril terus bersetuju dengan cadangan gadis tersebut.

"Baik encik, tunggu sekejap ya," ujar gadis itu sambil mengambil sekuntum bunga ros tersebut. Tak lama selepas itu, gadis itu kembali dengan sekuntum bunga ros yang siap dibalut. Setelah siap membuat pembayaran Feqril pun keluar dengan membawa bunga tersebut dengan tersenyum riang.

Di pejabat, Zaraa dikejutkan dengan kehadiran sekuntum bunga dengan balutan yang cantik beserta sekeping kad. 

"Eh, cantiknya bunga ni. Ros colour lavender, macam tau-tau je aku ni suka colour tu. Siap ada kad lagi ni," kata Zaraa sambil membaca kad tersebut. 

"cinta bukan tentang berapa lama kamu mengenal seseorang,
tetapi tentang seseorang yang mampu membuatmu tersenyum
sejak mengenalinya"


begitulah aku sejak mengenalimu,pertama kali mengenalimu membuatkan
ku jatuh cinta padamu,
senyummu,wajahmu, dan segala tingkah lakumu
seringkali bermain di fikiranku...
sejak itu, 
baru ku sedar bahawa
AKU TELAH JATUH CINTA PADAMU



yang mencintaimu,


Hati Zaraa mula berdegup setelah membaca kad tersebut. Namun, dia tertanya-tanya siapakah insan yang telah menghadiahkannya bunga tersebut.

"Ah, esok lusa aku tau lah siapa yang bagi aku bunga tu,"kata Zaraa sambil mengambil bunga tersebut lalu menciumnya.

Hari keesokannya, sekali lagi Zaraa dihadiahkan dengan 3 kuntum bunga ros yang berwarna merah berserta sekeping kad. Zaraa membuka kad tersebut lalu membacanya.

Jika aku memilih untuk bernafas atau mencintaimu,
maka akan ku gunakan nafas terakhirku 
untuk mengatakan bahawa
aku mencintaimu

yang mencintaimu,


Berbunga-bunga hatinya setelah membaca ungkapan cinta tersebut. Alangkah bahagianya hati sekiranya dia tahu siapakah pengirim bunga tersebut. Belum pernah seumur hidupnya, dihadiahkan bunga berserta ungkapan yang indah itu. Diciumnya bunga-bunga tersebut sambil melayan perasaan yang mula berputik di hatinya. Namun, tanpa disedarinya, Feqril sedang memerhatikan setiap kelakuannya sambil tersenyum.

"Nampaknya rancangan aku kali ni berjaya, let go to the next step he he he~" katanya dalam hati sambil berjalan menuju ke meja Zaraa. 

"Ehem, jauh mengelamun nampak?" soal Feqril dengan nada serius.

"Eh tuan, tak adalah. Berangan sikit-sikit je. Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan?" tanya  Zaraa sambil menyembunyikan rasa malunya.

"Saya nak awak temankan saya keluar makan tengahari dengan client," ujar Feqril.

"Keluar makan dengan client? tapi tuan saya..." belum pun sempat Zaraa menghabiskan ayatnya, Feqril segera mencelah.

"Tak ada tapi-tapi. Awak kena jugak temankan saya. Ini adalah arahan faham?" tegas Feqril.

"Baiklah.." Zaraa menjawab dengan perlahan. Tiada dayanya untuk menolak jika ia merupakan arahan. Nak tak nak terpaksalah ikut.

"Aku harap rancangan kali ini berjaya. Sungguh aku terlalu ingin memilikimu. Setiap saat tak pernah sekalipun ku melupakanmu,"  desisnya dalam hati sambil menyembunyikan senyumnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOVE BY