CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMEK..

Pages

Tuesday 18 September 2012

CINTA SI CANTIK MANIS (preview)



Zarra Imani mulai mengeluh, "ah sudah, banyaknye kertas kerja yang tak siap ni! apa aku nak jawab dengan bos ni? aduh, bingung dah kepala ni!" begitu lah rutin harian Zarra yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan sebagai seorang akauntan. Sudah hampir 3 tahun dia berkhidmat di syarikat itu setelah menamatkan pelajaran di UTM. Umurnya sudah menjangkau 25 tahun, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Bukan tak ada yang berkenan malah bermacam-macam rombongan yang datang meminang, semuanya ditolak mentah-mentah. Katanya nak tunggu "Prince Charming" nya muncul. Mama dan papa sudah bingung memikirkan anak dara  mereka yang seorang ini. Entah bila "Prince Charming" dia tu muncul, tak tahu lah. Alamatnya kempunan lah kita tengok cucu hu hu hu~

"Ha,Zarra? dah siap ke kertas kerja yang saya suruh awak buat minggu lepas?" Encik Farid yang dah lama terconggok di depan meja pun dia tak perasan dek kerana kelam kabut nak siapkan kertas kerja yang berlambak di atas mejanya itu. 

"Er? sikit jer lagi Encik Farid, nanti saya hantar kat meja Encik Farid lepas lunch ye" kata Zaraa dengan muka serba salah. 

"Ok, kalau macam tu, saya keluar lunch dulu pastikan kertas kerja tu dah ada atas meja saya. Saya tak suka mana-mana staff saya lengah-lengahkan masa. Masa itu emas, kalau kita tak kejar masa kita akan jauh ketinggalan. Kalau dah ketinggalan tu susah kita kejar balik tau tak?"tegur Encik Farid. 

Sebaik sahaja Encik Farid keluar, Zaraa mengajuk balik apa yang dicakap oleh Encik Farid. Zariff yang  kebetulan lalu di meja Zaraa terus menegur. 

"Oi, buang tabiat ke apa kau nih?sempat jugak kau mengajuk orang eh? baik kau siapkan kerja tu cepat. Kang mengamok Encik Farid tu nanti, sia-sia je kau kena buang kerja"ujar Zariff.

Zariff kembali menyambung kerja nya. Zarra hanya berdiam apabila ditegur oleh Zariff.  

"Alahai, hari ni terpaksa lah aku lunch dalam ofis jer, nak kena siapkan siapkan kertas kerja ni cepat. Kalau tak teruk aku kena bebel dengan bos nanti" gumamnya dalam hati.

"Leganya, akhirnya siap jugak kerja aku. Meh, kita bersorak gembira hu hu hu~ " Zaraa melonjak kegembiraan. 

Zariff hanya mengelengkan kepala. 

"Aduhai, minah ni sempat jugak dia melompat-lompat macam beruk. Memang tak ada ciri-ciri seorang gadis ayu lansung. Nasib baik lah aku dah lama kenal dengan kau, kalau orang lain tadi awal-awal dah cabut lari he he he~" desis Zariff dalam hati.

Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Zaraa namun dipendam begitu sahaja kerana dia malu sekiranya cintanya ditolak oleh Zaraa. Tingkah laku Zaraa yang agak kebudak-budakkan itu telah berjaya menarik hatinya yang telah sekian lama tertutup buat wanita dek kerana putus cinta dengan kekasihnya dulu yang telah lari meninggalkannya dan berpaling ke arah lelaki lain. 

"lalala~ bolehlah aku online kejap lepas ni. Kerja semuanya aku dah bereskan tinggal nak mintak tanda tangan Encik Farid jer lagi tapi sekarang dia tak ada kat ofis, keluar meeting dengan client. Bebaslah aku online kejap nih ehehe~"kata Zaraa sambil tangannya bergerak-gerak menekan tetikus.

Zaraa ni memang kaki facebook. Facebook tu ibarat nyawa dia dah. Disitulah tempat dia meluah rasa dan menambah kenalan,  apatah lagi account facebook nya kini sudah mencecah hampir 4,000 rakan. Makin "top" lah dia. 'Secret admirer" pun tak kurang banyaknya kalah artis tau hu hu hu~  Tapi dalam banyak-banyak rakan facebooknya itu, hanya Elfiza dan Farr sahaja yang menjadi rakan karibnya. Mereka selalu berkongsi masalah yang dihadapi masing-masing. Alangkah bertuahnya Zarra kerana mempunyai sahabat sebaik mereka yang sanggup berkongsi suka duka bersamanya. 

Sedang Zaraa tengah "syok" melayan facebook, dia terlihat kelibat Encik Farid melintasi mejanya. Cepat-cepat dia menutup facebooknya takut terkantoi dengan bosnya. 

"Ha, Zaraa! kerja tadi dah siap ke? jangan tak siap pulak, saya pantang kalau.." belum pun habis ayat dituturkannya  Zaraa segera memotong. 

 "Alaa, Encik Farid ni, saya tau la encik tak suka staff lambat buat kerja, lenggah-lenggahkan masa, goyang kaki and macam-macam lagi lah. Jangan risaulah Encik Farid, semua saya dah settlekan tunggu nak mintak tandatangan Encik Farid jer lagi he he he~" katanya sambil tersengih.

Encik Farid  hanya mengeleng-geleng kepala melihat telatah staffnya itu.  

"Awak ni Zaraa, kalau saya cakap ada jer yang awak jawab yer. Nasib baiklah awak dah lama jadi staff saya kat sini kalau tak hmm.." Encik Farid tidak jadi menghabiskan ayatnya.

Zaraa mengaru-garu kepalanya tanda tidak faham. 

"Kalau tak ape Encik Farid?" Encik Farid hanya tersenyum dan terus berlalu masuk ke biliknya. 

Zaraa masih tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Encik Farid sebentar tadi.

"Kau ni lembap betul lah Zaraa, bos cakap macam tu pun kau boleh buat tak faham?" secara tiba-tiba suara Naila kedengaran membuatkan lamunannya berkecai. 

"Eh,kau ni Naila buat terkejut aku je lah! nasib baik aku ni tak ada heart attack tau." Naila ketawa apabila melihat muka cemberut si Zaraa. 

"Sorry lah kawan, aku bukan sengaja nak buat kau terkejut pun. Kau tu yang mengelamun jauh, fikirkan buah ati ek?" Zaraa segera memintas 

"Eh, kau ni kesitu pulak dia, mana ada aku fikirkan buah ati. Sapelah yang nakkan aku yang tak cantik ni kan? aku tengah fikirkan apa yang Encik Farid cakap kat aku tadi tu ha.

Sekali lagi Naila ketawa. 

"Adoi, kau nih petang-petang macam ni sempat jugak kau melawak ye? tak payahlah kau fikirkan sangat pasal tu. Eh,kau cantik ape ku tengok. Kulit gebu,tinggi lampai,muka pun ayu + baby face lagi tu, semua ingat umur kau tu masih 18 tahun tau tak?bila aku cakap umur kau 25 tahun, semua tak nak caye cakap aku. Dorang ingat aku tipu" kata Naila untuk memujuk rakannya itu.

Kembang kempis hidung Zaraa apabila mendengar pujian dari kawannya itu. 

"Eh, dahlah kau, nak ambik ati aku lah tu hu hu hu~ aku tengah "bankrap" nih, kalau dah terima gaji nanti aku belanja kau makan eh." Zaraa tersenyum lagi. 

"Eleh, puji sikit dah perasan kau nih, tapi takpe dah kau sudi nak belanja makan aku terima je. Rezeki jangan ditolak beb he he he~." 

Mereka sama-sama ketawa. 

Itulah Naila,teman sepejabat Zaraa. Seorang gadis yang lincah dan happy go lucky tapi malangnya hatinya tak mudah cair pada kata-kata manis lelaki. Dirinya pernah dikecewakan suatu ketika dahulu hingga membuatkan hatinya menjadi sekeras "batu". Hanya Zaraa yang mengetahui kisah lampaunya itu.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOVE BY