CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMEK..

Pages

Friday 13 July 2012

NOVEL-NOVEL PILIHAN

aku tok peminat novel. Dalam 3 bulan akhir tk jk aku dh bli smpey belasan igek novel. Aku bli dr online lah..tp nang best2 jk novel sia..kebanyakan novel sia jenis happy go lucky plus romantik..kat karya seni jak sampey bpa igek dah ku bli...kas tok aku upload novel-novel yang ku bli..tok pun ku asa nk bli gik baru..tp takut mak bego..adehhh. Siap molah top list novel gik..hihi



TOP LIST NOVELKU<farrah punyer blog>

1.  CINTA KONTRAK- NURUL AIN SYUHADA


novel tok macam mengisahkan tentang cinta antara 2 dunia yang berbeza, ALIA AIRYSHA seorang gadis kampung yang datang ke bandar untuk bekerja untuk membantu keluarganya.AIRYSH tok merupakan anak kedua dari 4 adik beradik.Nya tok seorang gadia yang bertudung litup tapi perangey nya agak brutal sikit lah berbeza dengan MUHAMMAD DANIAL FRANZ yang merupakan pemuda kaya, seorang yang playboy tp di sebalik perangey nya yang playboy ya terselit sebuah kisah yang membuatkan dirinya menjadi seorang yang playboy. Kehidupannya mula berubah apabila AIRYSH muncul dalam hidupnya dan membuatkan dirinya jatuh cinta untuk kali kedua. Oleh sebab nya sik mok kehilangan gadis yang dicinta nya agik,nya nekad untuk kahwin dengan AIRYSH walaupun nya duak bok kenal.Hubungan nya duak macam anjing ngan kucing,nang xkalak ngam arie2 kelaien tapi bila cinta dah mula berputik ada jak yang jadi penghalang,kehadiran FARHAN DAN BELLA yang masing-masing menagih cinta telah mengucar-kacirkan hidup cdak duak ya.....

2. SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK- FARISHA IMANI

novel tok nya ada unik sikit ctanya,jarang ada orang molah cita bercirikan orang autistik tapi setakat tok novel tok dapat ranking ke-2 dalam top list ku. NURA ALIA seorang gadis yang happy go lucky telah jatuh cinta dengan seorang jejaka playboy bernama SYED AZMI.Namun, cinta yang disangka indah rupanya hanya lakonan semata-mata apabila SYED AZMI hampir meragut kesuciannya dan semenjak itu, NURA ALIA menyimpan dendam kat lelaki ya.Untuk melaksanakan dendamnya, NURA ALIA telah merancang untuk mendekati keluarga SYED AZMI. Di sana,nya bertemu dengan abang kepada SYED AZMI, iaitu SYED AZWAN a.k.a BOBOY seorang lelaki autistik. NURA ALIA nekad menjadi babysitter kepada BOBOY dan terpaksa melayan semua kerenah BOBOY. Namun,sapa nyangkak NURA ALIA telah jatuh hati kat BOBOY. 7 tahun BOBOY hidup dalam dunia yang diciptanya sendirik, kisah silam lampau telah menjadikannya seorang lelaki yang "autistik" namun kehadiran NURA ALIA dalam hidupnya hampir sahaja membuatkankannya menjadi SYED AZWAN kembali.....


3. SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!- ZURA ASYFAR


Novel tok bercirikan "isu terkini" kinek tok pun, suami lebih muda dari isteri. SYAFA AQIRA seorang gadis yang sederhana yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya dan menjadi anak angkat kepada DATIN FARIZAH, seorang wanita yang baik hati dan amat menyayangi SYAF. SYAF merupakan teman wanita kepada FARISH ADRYAN anak kepada ibu angkatnya namun disebabkan satu kisah hitam yang berlaku ke atas dirinya, akhirnya dia terpaksa berkahwin dengan adik kepada kekasihnya iaitu FIRASH ARSHAD. FIRASH tak pernah menyangka dirinya akan berkahwin dalam usianya yang baru berginjak ke 21 tahun,namun dia terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada gadis yang 4 tahun lebih tua darinya walaupun dia tidak pernah menyukai SYAF. Kata-kata pedas seringkali dilemparkan kepada gadis itu dan SYAF hanya menerimanya dengan penuh sabar. Namun, kehadiran HAQIMY DAN RAIMY telah menyedarkan FIRASH bahawa dia mula menyayangi gadis tersebut. Ketika cinta mula berputik, muncul pula RAINA yang telah menyimpan hati pada FIRASH dan berusaha untuk mendapatkan FIRASH walau apa cara sekalipun sehingga membuatkan SYAF mula berjauh hati dan membawa diri entah kemana...


4. KAWIN GANTI- AIFA BATRISYA


novel tok mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama MIA ZARA yang telah ditinggalkan oleh bakal suaminya di saat-saat akhir nya nk melansungkan perkahwinan. NUQMAN HAKIM seorang lelaki yang berjanji untuk menikahi kekasihnya namun di saat-saat akhir,nya terus menghilangkan diri tanpa berita dan LUQMAN HAKIM, adik kembar kepada NUQMAN terpaksa mengantikan tempat abangnya untuk menikahi MIA ZARA,gadis yang lebih tua darinya. Hubungan mereka tidaklah seperti suami isteri yang lain kerana LUQMAN seringkali berkelakuan dingin terhadap isterinya. Namun, tanpa disedari dalam masa yang sama MIA ZARA juga merupakan pensyarah di universitinya. Di universiti, MIA ZARA seringakali dikaitkan dengan DR. ISKANDAR membuatkan LUQMAN mula berasa cemburu. Tanpa sedar, dia mula menyayangi MIA ZARA....

5. SUAMI YANG KU BENCI

mengisahkan tentang seorang gadis yang kaya yang angkuh,HANNAH MARIAM terpaksa berkahwin dengan seorang jejaka yang dibencinya iaitu UWAISY UKAISYAH, si penjual burger. Pertemuan pertama dimana terjadi suatu kemalangan kecil antara mereka telah mewujudkan pergaduhan antara mereka. Namun tanpa sedar, di saat HANNAH ditinggalkan oleh tunangnya kerana ditangkap khalwat dengan gadis bawah umur, datuk HANNAH telah mengupah UWAISY untuk menikahi cucunya dan HANNAH terpaksa akur dengan keputusan datuknya. HANNAH sering memandang rendah suaminya keran baginya UWAISY hanyalah si penjual burger yang tidak berpelajaran tinggi sepertinya. Namun,kehadiran cikgu BALKISH telah meyedarkan HANNAH bahawa dia sebenarnya telah jatuh cinta pada UWAISY dan ketika cinta antara mereka mula berputik muncul pula FAWAZ,abang sepupu HANNAH yang juga menyimpan perasaan terhadap HANNAH...


Tok baruk top 5 jak koh..dibah tok aku engkah novel-novel terbaru yang aku dah beli..

PANGGIL AKU KIAH- LIZA NUR



SUAMI AKU USTAZ- HANNAH DHANIYAH


SEPUPUKU SUAMIKU- LYNN ALLYYNA


ATAS NAMA CINTA- BIKASH NUR IDRIS


CINTA TIGA SUKU- HERNA DIANA


LOVE U MR. ARROGANT- ALIESHA KIRANA


KAMPUNG GIRL- UMI KALSOM


KAN KU KEJAR CINTA KAMU- FAUZIAH ASHAARI


KASIH ANTARA KITA- ALEEYA ANEESA


BICARA HATI- DAMYA HANNA (cetakan terbaru)

dah diat nak list novel-novel baru aku..tok pn rasa mok bli gik nunggu lah mun da duit klak...xpuas gik asanya hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOVE BY