CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMEK..

Pages

Thursday 8 November 2012

NOVEL TERBARU UNTUK BULAN INI


BUAT SEMUA PEMINAT NOVEL-NOVEL


CINTA SI PEMATAH HATI - E-MAN SUFI


WAFEEN WARDAH... mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari, Bukan keran tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki....

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia  mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalny, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukanlah perampas kekasih orang!

"Betul... saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la.."

Sorry... saya dah ada kekasih."

"Tak apalah saya tunggu awak putus dengan dia."

"Hah?"

Tapi segalanya bermula dia mendapat tahu siapa Wafeen Wardah sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati selama ini.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri terjatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

"Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene.."

"Apa makna.."

"Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak."



I LOVE YOU STUPID - MELOR JELITA


Kisah kemanusiaan yang penuh dengan kasih sayang. Perjalanan hidup Iris mencri jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang daam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tahap bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris , saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris...-Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedass!" - Iris

"Kesalahan keempat, cuba mengoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam, menghalang polis dari menjalankan tugas..." Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

"Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?" - Iris

Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

"Untuk bodyguard saya.. yang sangat macho, stylo...dan ..."

"Dan apa?" - Firman

"Ermmm... satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu." - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas.We're hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terkhirnya, aku membawa misi besar  dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan...Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan ...tentang Islam, agamaku...tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang dan saya mula beristighfar..."



PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH - HANA ILHAMI


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang muslimah solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang istei telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih jasa dan rasa.

"Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui email atau telefon. Setiap kali saya ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi keluar dengan saya?" - Alex

"Hanan! Akan ku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku..." - Amir

"Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan tudung litupnya, sampaikan dalam rumah ini pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?" -Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tidak pernah difikirkan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta dengan kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang telah dibina.

"Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiripun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya." - Hanan

Demi mendapat redha Ilahi, Hanan cuba bertahan dan cuba memenangi hati seorang lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta pada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah yang harus diutamakan?


BILA NAK SAKSI - REHAN MAKHTAR


Yusuff, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik sahaja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.

Pertemuan pertama dan seterusnya telah menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, pertemuan itu sudah dirancang penuh rapi.

"Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?" - Usop

"Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh kat awak sudah!" - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan insan yang mengalaminya.

"Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?" - Yusuff

"Saya tidak tahu pun yang saya dah kahwin." - Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyellidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff, atau Kak Shima?

Jika dia sah sebagai suaminya, maka dia nekad melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek kerana fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suami sendiri.

"Lit cinta abang... Lit sayang abang... Terima kasih kerana sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang." - Jelita

Adakah perkahwinan luar biasa antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagian seperti pasangan yang lain? Setelah segalanya diserahkan dengan sepenuh hati, mereka berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.

RINDU DALAM SEPI -SITI KHADIJAH


Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya ungkapan Aku Cinta Padamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia telah memiliki kekasih hati secantik Lydia.

Keegoannya tercabar sejak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Madhiyah. Bermula dari gelaran setiausaha , kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian malam itu.

"Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin memperisterikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.

AINUR MADHIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiaannya dirobek oleh tunang tersayang. Setelah keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada lagi cinta untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan pekahwinan yang tidak dirancang itu!

Encik jangan risau, saya takkan ambil masa yang lama untuk menjadi isteri encik. Saya minta encik bagi saya tempoh 3 bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya janji saya akan keluar dari hidup encik."

Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardhiyah nekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem telah menambahkan rasa cemburu di hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.

Akhirnya, Ammar bulat dengan keputusannya untuk menawan hati Mardhiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?

"Hanya pada Dhiya abang boleh ucapkan khalimah itu."

"Kalimah apa?"

"I Love You, my love,"






0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOVE BY